✨ Percuma selamanya — rekod sehingga RM300,000 transaksi tanpa bayar sesen.Daftar sekarang →

Perakaunan & Pembukuan

Urus akaun perniagaan anda tanpa pening kepala.

Keluarkan invois, rekod belanja, padankan penyata bank dan lihat untung rugi semasa — semuanya di satu tempat, dalam empat bahasa.

Tiada pemasangan. Buka di pelayar, mula dalam beberapa minit.

syarikat-anda.accbuku.my

Ringkasan bulan ini

Jualan

RM 25,800.00

Perbelanjaan

RM 18,420.00

Untung bersih

RM 7,380.00

Invois terkini

INV-00128RM 3,450.00Dibayar
INV-00127RM 1,200.00Tertunggak
INV-00126RM 980.00Draf

Ciri utama

Semua yang perniagaan perlukan untuk simpan buku dengan betul

Setiap transaksi dicatat sekali dan terus mengalir ke laporan. Tiada salin-tampal antara Excel.

Jualan & Invois

Dari sebut harga hingga bayaran diterima, dalam satu aliran.

  • Sebut harga & invois
  • Nota penghantaran
  • Nota kredit & debit
  • Terima bayaran untuk banyak invois

Belian & Pembekal

Tahu apa yang dibeli, daripada siapa, dan berapa yang belum dibayar.

  • Senarai pembekal
  • Pesanan belian
  • Baucar bayaran
  • Produk & perkhidmatan

Bank & Tunai

Padankan penyata bank dengan rekod anda dan cari perbezaan dengan cepat.

  • Import penyata bank
  • Rekonsiliasi bank
  • Petty cash & tunai di tangan
  • Kad kredit

Laporan Kewangan

Laporan dijana daripada catatan berganda yang sama — angka sentiasa sepadan.

  • Untung & Rugi
  • Kunci Kira-Kira
  • Imbangan Duga
  • Lejar Am

Dokumen & Resit

Muat naik penyata bank, invois dan resit. Transaksi diekstrak dan dipadankan secara automatik.

  • Document Hub mengikut tahun
  • Muat naik PDF & gambar
  • Simpanan fail selamat

Carta Akaun & Jurnal

Carta akaun sedia pakai yang boleh diubah suai.

  • Carta akaun lengkap
  • Jurnal pelarasan
  • Tahun kewangan ikut syarikat anda

Cara mula

Tiga langkah, dan buku anda sudah berjalan

  1. 1

    Daftar akaun

    Cipta workspace anda sendiri. Percuma selamanya sehingga jumlah transaksi mencecah RM300,000.

  2. 2

    Daftar syarikat

    Isi nama syarikat, nombor pendaftaran dan tahun kewangan.

  3. 3

    Mula merekod

    Keluarkan invois pertama, import penyata bank dan lihat laporan anda.

Termasuk dalam setiap pakej

  • Alamat workspace sendiri
  • Log masuk selamat
  • 4 bahasa: BM, English, 中文, العربية
  • Document Hub untuk semua fail
  • Sokongan melalui tiket
  • Program rujukan dengan komisen

Harga

Pakej yang telus, tiada caj tersembunyi

Percuma selamanya sehingga RM300,000 transaksi. Firma perakaunan bayar RM10 sebulan bagi setiap klien.

Percuma

Untuk satu syarikat — percuma selamanya.

Percuma

2 pengguna

  • 1 syarikat
  • Sehingga RM300,000 transaksi terkumpul
  • Invois, belian, bank & laporan
  • Muat naik & OCR dokumen
  • 2 pengguna
Daftar sekarang

Pro

Untuk syarikat yang telah melepasi RM300,000 transaksi.

RM 50/bulan

5 pengguna

  • Semua dalam Percuma
  • Transaksi tanpa had
  • 1 syarikat
  • 5 pengguna
Daftar sekarang

Firm

Untuk firma perakaunan yang mengurus buku ramai klien.

RM 10/klien/bulan

20 pengguna

  • Bayar mengikut bilangan klien
  • Daftar klien tanpa had
  • Login sendiri untuk setiap klien
  • Staf firma key-in, klien semak
  • 20 pengguna staf
Daftar sekarang

Soalan lazim

Adakah saya perlu pengetahuan perakaunan?

Tidak. Anda rekod jualan dan belanja seperti biasa; sistem membuat catatan berganda dan menyusun laporan untuk anda.

Betulkah percuma selamanya?

Ya, tanpa had masa. Anda boleh merekod transaksi secara percuma sehingga jumlah terkumpul semua transaksi (invois, bayaran, bank, tunai dan jurnal) mencecah RM300,000. Selepas itu, naik taraf ke pakej berbayar untuk terus merekod — data sedia ada kekal boleh dilihat dan dicetak.

Di manakah data saya disimpan?

Pada pelayan kami sendiri, dalam pangkalan data yang diasingkan mengikut workspace. Hanya pengguna yang anda jemput boleh log masuk.

Bolehkah saya import penyata bank?

Boleh. Muat naik penyata bank anda dan padankan setiap transaksi dengan rekod dalam skrin Rekonsiliasi.

Bagaimana program rujukan berfungsi?

Kongsi pautan rujukan anda. Apabila perniagaan yang anda kenalkan melanggan, anda menerima komisen.

Sedia untuk susun akaun perniagaan anda?

Percuma selamanya sehingga RM300,000 transaksi.